Sunday, 12 May 2013

Bukan Ku Tak Sudi : Iklim



Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita
Putus di jalan

Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa

Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya mentari dalam mainan percintaan

Telahpun ku bentangkan segalanya
Mencari entah dimana silapnya
Jelas asmara kecundang jua

Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi

Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu


p/s : Dahaga. Banyak ayaq keluaq banyak ayaq kena masok. ='(

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 9 May 2013

Info : 10 Perangkap Syaitan.

Assalamualaikum.

Syukur, masih menikmati salah satu nikmat Allah iaitu menghirup udara segar dipagi hariii ^_^

Di pagi jumaat yang mulia ini. heeee~ mari kita sama sama tengok apa perangkap syaitoonn terhadap manusia yang lemah gemalai niii...

Kadang kadang semua ni berlaku tanpa kita sedaq kan. T_T
Nasihat la kalo kami ada tersilap ea..

  1. Takbur dan Bongkak
    Ok! Jangan la kita takbur dan bongkak. Contohnya, "aku beli kereta baru! konpem tak rosak!", "tak payah la susah susah belajaq, senang ja exam nanti".
  2. Khianat
    Haaaa..ni macam ada niat nak menjatohkan org kan. Niat pon dah tak bole ok.?
  3. Hasad Dengki
    nama laennya JELES! hehe tak bole tengok orang lebih sikit. Mula la pasang agenda nak menjatohkan orang len.
  4. Suka meremehkan orang lain
    Contohnya, "tak payah la amek tau pasal budak tu. Bukan dia kesah kat kita pon", "Hang tak payah nak dengaq pendapat konservatif dia tu, tak berkesan".
  5.  
  6. Tidak suka menerima ilmu dan nasihat
    Dalam erti kata laen. Bodoh sombong. Dah tak pandai, sombong pulak. Tapi ada jugak yang pandai, tapi tak mau terima pendapat orang laen. Susah jugak.
  7. Bakhil atau kedekut
    Benda orang, sibuk nak pinjam. Sibuk nak makan. Benda sendiri kedekut taik idong masin. *yekk*. Kalo barang sendiri kedekut, tapi barang orang len tak amek konsider kedekut jugak ea?
  8. Sombong dan angkuh
    menganggap diri paling the best laaa~

Owh. Sebelum menamatkan perbincangan =) Kami ingin memohon maaf jika ada keterlanjuran sepanjang penulisan kami. Ngeh3. Bagi yang mengenali kami kat luaq, kami nak mintak maaf andai terkasaq bahasa, terlanjur kata, tersalah bicara, termakan apa apa, terminum apa apa tanpa pengetahuan hampa semua naaa.. Semoga dapat kita buka buku baru dengan tenang. Amin.



 Assalamualaikum. =)




p/s : Sumber dari pembacaan di facebook. Huraian sendiri. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 4 May 2013

Ironman Vs Phoneman

Assalamualaikum.

Seketika kesibukan melanda diri. Terhalang waktu untuk bercerita. Pulang ke Pulau membawa hati yang berduka lara. U_U Style kami la kan tak tunjuk semua tu in reality. Simpan dalam hati yang satu hari akan meletup! Kebabommm!! O_O

Minggu lepas kami cuti panjang, balik Pulau. =) Tujuan utama nak amek adik kami cuti semester. Memandangkan kakak kami dah start sibuk dengan PRU dan cuti dibekukan. Mak kami dengan bangganya ajak kami sebab masih tak puas menaiki kereta anak keduanya ini. hahaha! Kami pon tak puas bawak mak kami jalan lagi. 

Kalau nak ikotkan. Kami nak stay Pulau terus. Tapi nak buat macam mana. Kerja kami kat KL ni lah yang buatkan kami dapat beli dan pakai kereta. T_T *hikmahnya berjauhan.

Back to the tajok. huhu! Aktiviti biasa kalau jalan dengan mak kami. Opcoz la shopping!! Aktiviti biasa jugak kalau dapat gaji. $_$ Alahh.. Tak salahkan nak menyalin sebulan sekali. Bukan yang mahal mahal, 70% ja. =_=

Sedang berjalan, kami dengan mak kami tertarik dengan robot niiii~ 



Tengok !!! robot ni diperbuat dari handphone!! hahahaha! macam macam phone ada. err..mula mula konpius jugak. Hidop ke tak? haha! yang kami perhatikan banyak handphone nokia. hihihi

Kami dengan mak kami dah jakun dah. Orang utara kata Peghak. huhu 

Selaras dengan moto 'Cleaner Greener Penang'. Kami rasa ni salah satu aktiviti dia kot. huhu kami teka ja. =P Yang pasti, ni sumbangan handphone untuk aktiviti aktiviti eco ni. Kami tak tau lah nak cita. hihi 

hehe. Mak kami takot robot tu. Chill la mak. Robot tu tak bergerak macam ironman. =P Owh. Kami tak tengok pon ironman. Kami tak minat cita omputih. Fullstopppp!

Kami belajaq cara menjaga alam semulajadi dari phonemann. ngeh3. =P Apa apa pon. Kami happy cuti 5 hari kat Penang. Hilang stress. Walaupon tak balik ngundi =P Janji. 5tahun lagi kami undi. =P berapakalilah. hahahaha! Nak jugak. 



p/s : Betul lah. Kadang kadang putus cinta bukan sebab orang ketiga. ='(



lepas baca jangan lupa senyum ^_^