Friday, 12 April 2013

Menang Jam Vincci. Heee.

Assalamualaikum. 

Lama kami tak update. Seminggu jugak la. Penat jugak kerja menghadap laptop ni. Tapi dah jadi tabiat balik umah nak jugak menghadap laptop. Tapi bukan bukak blog atau blogwalking pon. Buat la benda benda tak berfaedah. Seperti men game. haha Sebab? Dah teraddicted dengan Candy Crush! haha

Dah dah. 

Tanpa melengahkan masa, kami nak tunjuk *dasar menunjuk nunjuk haha* hadiah kami dapat. huhu Sebenaqnya dah lama dapat. Tapi kami baru amek kat umah Penang adiahnye.. heee 

Kami dapat Jam tangan Vincci. huuuu~ tengok ni..comel tak? huhu





heeeeee~ comel tak? sekali lagi..comel tak? hahahahha!

tak kisah la korang cakap comel ke tak yang pasti barang barang free adalah kegemaran kami. hahaha! kegemaran semua orang jugak. =P memandai pulak kami ni.

huhu! seronok pulak rasa. Sapa nak hadiah boleh la jenguk blog ni randomness. kot kot la ada lagi contest dengan hadiah lumayan. hehehe



nak tau apa yang kami tulis? mari imbas kembali di sini. Contest #TheMostMemorable2012Moment


Sekian, Terima Kasih. 

Bye!

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 4 April 2013

Info : 6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Hasil pembacaan kami di laman sosial muka buku. =)

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Credit to : panduanislam.com



p/s : kalo kerja keras duet titik peluh. kalo kerja tak keras, ada ka duet taktitik peluh? hihi

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 3 April 2013

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y #12

Assalamualaikum.





it's going to be mine soon. =D


lepas baca jangan lupa senyum ^_^