Thursday, 4 April 2013

Info : 6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Hasil pembacaan kami di laman sosial muka buku. =)

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Credit to : panduanislam.com



p/s : kalo kerja keras duet titik peluh. kalo kerja tak keras, ada ka duet taktitik peluh? hihi

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 3 April 2013

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y #12

Assalamualaikum.





it's going to be mine soon. =D


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 2 April 2013

Majlis Pertunangan : Nisah & Shahril

Assalamualaikum.

Waaaah! Sepupu kami yang sama umoq dengan kami dah tunang! haha! menunjukkan ketidakadilan disitu. Ngeeeeeeeee *sengeh panjang*

Ok. Sebenaqnya Kemalangan Malam Sabtu yang  berlaku adalah pada tarikh yang sama. huhu Tujuan kami balik Penang sebab nak teman mak kami la p Kulim untuk majlis ni la. Tak sampai hati pulak nak biaqkan mak kami p sorang sorang nek bas. Mak kami walau camna pon akan p jugak sebab dia dah anggap sepupu kami tu anak dia, sebab sepupu kami ni yang duduk dengan mak kami tu.

Tak sangka plak tragedi ni akan menghalang kami ke majlis tu. Tapi tanpa berlengah kami akan pastikan kami dapat p jugak. huhu Bincang punya bincang. Lepas kakak kami amek dari tempat kemalangan tu, lepas subuh, kitorang chow ke Penang.

Ni lah yang dikatakan ada hikmah di sebalik kejadian. 

Pertama, Kitorang bertiga iaitu mak, kakak dan kami p majlis tu. Naek kereta. Tak perlu la kan mak dan kami nak naek bas. hehe Walaupon dekat dan tercapai akal untuk sampai. Tapi macam kami rasa zaman nek bas tu dah terlalu lama untuk keluarga kitorang walaupon sekarang still mak kami p keja nek bas. Tu len cerita la sebab dalam Penang ja.

Kedua, Kami dah berjaya tandatangan loan *menggunakan tangan sendiri* dan bayaq downpayment kereta *penat jadi kedekut* pada hari ahad dekat Ipoh *kami beli kereta dekat Ipoh*. Sehari selepas tragedi. Memang dah plan pon ni. Tak sangka sampai Ipoh lebih awal dari masa. huuuuu

Apa yang kami nak tekankan kat sini. Rancanglah sebaik mana pon, rancangan Allah tu tetap terbaik. Seperti kata pepatah Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Waaa..kalo karangan kami macam ni tentu dulu BM A1. heee~

Untuk tidak berlengah lagi. Mari kami sajikan gambaq gambaq sepanjang majlis itu berlangsung. =_= Jeles titeeeee..

 ni lah sepupu kami yang di gembar gemburkan tu..heheheh
diorang dah kenal 8 tahunn..gile lameee..terKL lak. =P

 ni mak kami.!! hehe Sepupu kami ni belah ayah kami tauu. means ayah kami punya adik punya anak.! Sifir Famili..heee


 jaga anak orang sat. hehe

 heeee~ kami dengan mak kamiiiii

Kami dengan kakak kamiiii~ ISMANIZA. heheh!

 Sebelum tu sambut birthday budak comel ni. 
Dania nama dia. Bukan Dora. hehe!

 Ni mak dia yang tiup ni. hahaha!








 hahaaaa! keraih macam kayu.


Berat ah Dania ni.. Hahaha. Kami nak soh dia panggil kakak je. tapi Umi dia dah bahasakan kami 'makngah ini' =_='' terima jelah. Oh noooo~ hahahhaa!



Nak tunang jugakk! ngeh3!
Nak3! haha
p/s :Tapi tak mau lagi lah. Tak ready nak jadi tunang orang. OMG OMG. Suka jadi lalang. Aigooo~

lepas baca jangan lupa senyum ^_^