Tuesday, 2 April 2013

Majlis Pertunangan : Nisah & Shahril

Assalamualaikum.

Waaaah! Sepupu kami yang sama umoq dengan kami dah tunang! haha! menunjukkan ketidakadilan disitu. Ngeeeeeeeee *sengeh panjang*

Ok. Sebenaqnya Kemalangan Malam Sabtu yang  berlaku adalah pada tarikh yang sama. huhu Tujuan kami balik Penang sebab nak teman mak kami la p Kulim untuk majlis ni la. Tak sampai hati pulak nak biaqkan mak kami p sorang sorang nek bas. Mak kami walau camna pon akan p jugak sebab dia dah anggap sepupu kami tu anak dia, sebab sepupu kami ni yang duduk dengan mak kami tu.

Tak sangka plak tragedi ni akan menghalang kami ke majlis tu. Tapi tanpa berlengah kami akan pastikan kami dapat p jugak. huhu Bincang punya bincang. Lepas kakak kami amek dari tempat kemalangan tu, lepas subuh, kitorang chow ke Penang.

Ni lah yang dikatakan ada hikmah di sebalik kejadian. 

Pertama, Kitorang bertiga iaitu mak, kakak dan kami p majlis tu. Naek kereta. Tak perlu la kan mak dan kami nak naek bas. hehe Walaupon dekat dan tercapai akal untuk sampai. Tapi macam kami rasa zaman nek bas tu dah terlalu lama untuk keluarga kitorang walaupon sekarang still mak kami p keja nek bas. Tu len cerita la sebab dalam Penang ja.

Kedua, Kami dah berjaya tandatangan loan *menggunakan tangan sendiri* dan bayaq downpayment kereta *penat jadi kedekut* pada hari ahad dekat Ipoh *kami beli kereta dekat Ipoh*. Sehari selepas tragedi. Memang dah plan pon ni. Tak sangka sampai Ipoh lebih awal dari masa. huuuuu

Apa yang kami nak tekankan kat sini. Rancanglah sebaik mana pon, rancangan Allah tu tetap terbaik. Seperti kata pepatah Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Waaa..kalo karangan kami macam ni tentu dulu BM A1. heee~

Untuk tidak berlengah lagi. Mari kami sajikan gambaq gambaq sepanjang majlis itu berlangsung. =_= Jeles titeeeee..

 ni lah sepupu kami yang di gembar gemburkan tu..heheheh
diorang dah kenal 8 tahunn..gile lameee..terKL lak. =P

 ni mak kami.!! hehe Sepupu kami ni belah ayah kami tauu. means ayah kami punya adik punya anak.! Sifir Famili..heee


 jaga anak orang sat. hehe

 heeee~ kami dengan mak kamiiiii

Kami dengan kakak kamiiii~ ISMANIZA. heheh!

 Sebelum tu sambut birthday budak comel ni. 
Dania nama dia. Bukan Dora. hehe!

 Ni mak dia yang tiup ni. hahaha!








 hahaaaa! keraih macam kayu.


Berat ah Dania ni.. Hahaha. Kami nak soh dia panggil kakak je. tapi Umi dia dah bahasakan kami 'makngah ini' =_='' terima jelah. Oh noooo~ hahahhaa!



Nak tunang jugakk! ngeh3!
Nak3! haha
p/s :Tapi tak mau lagi lah. Tak ready nak jadi tunang orang. OMG OMG. Suka jadi lalang. Aigooo~

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 31 March 2013

Kemalangan Malam Sabtu

Assalamualaikum.

Kejadian malam sabtu lepas tak kan mungkin kami lupa sampai bila bila. Mungkin kemalangan ni iktibar bagi kami supaya lebih mengingati pencipta. Alhamdulillah segalanya selamat dan InsyaAllah ada hikmah disebalik segalanya. 

Sekelip mata ja benda ni berlaku. Kami dalam perjalanan nak balik Penang. Macam biasa even kami dok Bukit Jalil pon kami akan nek bas dekat Shah Alam. Sebab tak berani lagi nak balik malam dekat Pudu dan sebagainya. Kalo kat Shah Alam Aidul yang setelkan. 

Kami : Nape seat depan sangat?
Aidul : Oh, yeke.?

Terang terang seat 2A. adoila. tapi kami tak kisah pon. Sebab kami rasa better depan sekali dari belakang sekali. Asalkan sampai Penang. hehe

Kami pon naek la bas favourite kami tu. EAGLE. Berharap kami akan sampai dengan lajunya. Sebab eagle kan bole terbang. huuuuuuu~ Duduklah seat single kami tu. Dan ketika itu, abg bas tu suro kami duduk dengan seorang gugurl ni. Sebab nak bagi uncle India kalo tak silap duduk seat kami tu.

Means nak kasi, perempuan duduk dengan perempuan la..Kami pon bertukaq la ke seat 2C. Okla. Asal tepi tingkap. Kami ok. -_-

Kami terus tidoq sebab mengantuk sangat. Mengharap bila terjaga kami dah sampai. selalunya camtu lah. Tak sangka pulak kami rasa bas tu goyang sangat kuat sampai kami terjaga.

*eh, eksiden ka ni?* dalam hati

Sambung balik tidoq, bila stabil. Nyenyak ni. Sambil bersila, kami menghadap gurl sebelah kami. Sambil peluk beg kami. Tiba2 terasa satu hentakan yang kuat, rasa macam benda terbang terbang jatuh atas badan. Berangin angin. Semua orang pon menjerit jerit. Bas tu goyang. Kami dengan spontan nya peluk orang sebelah. Dia berada dalam pelukan kami. Pastu kami menjerit "Allahuakbar!!!" Kami rasa lebih 10kali kami menjerit. Sangat takot. Kami dah mula terbayang mak kami, adik beradik kami. Pastu kami mengucap. T_T

Yang budak budak laki, pakcik pakcik kebanyakan menjerit "berhenti..! berhenti..!". Dalam keadaan bas yang turun bukit tu. Memang tak mungkin la dia berhenti lagi. Dah jaoh dari lokasi pelanggaran tu baru la stopp. Driver tu buka lampu.

Driver : Semua ok ke?
Penumpang: Ni ade sorang pengsan.

Bila kami tengok depan kami. Kakak yang duduk tepi pintu tadi. seat 1A tu dah terbaring atas dua lelaki seat 1B dan 1C. Maksudnya dia dah tercampak ke atas kaki diorang. Pastu driver tu suroh tolong kipas ke ape ke. Kami pon spontan amek kertas dalam beg nak kipas kakak tu. Tapi, bila kipas kipas. Baru kami perasan, ni bukan pengsan macam waktu perhimpunan kat sekolah dulu hehe ataupon pengsan masa PJ dulu. Ni pengsan sakit. Adoi. Niat murni kami terhenti. Muka kakak tu bedarah darah.

Gurl sebelah kami kalot cari kasot die. Kaca penuh kan. Kalo tak jumpa kasot means meniti atas kaca. Kasot kami pon dah terperosok bawah seat depan. Bila kami berdiri, penuh kaca atas seat kami. Atas beg kami pon penuh kepingan kepingan kaca. Tak selesai lagi gurl tu cari kasot, dia tanya orang belakang. Mamat belakang tu pulak cakap

Mamat : Cari spek saya. Saya tak nampak apa apa.

heheh. Kami dah nak gelak dah masa tu. Means dia nak tolong gurl tu cari kasot tak bole la sebab dia tak nampak. heeeeeeeeeeee~ dah jumpa semua benda. Kami pon angkat barang2 kami. Nak keluaq pintu kecemasan tah kami tak tau nape diorang kat belakang tak bukak. Pastu ada orang tolong, skuad mana tah. Pakcik pakcik dan lelaki lelaki. Kami jadi org yang terawal keluaq. Sebab kami seat depan kan. huhu 

Bayangkan seat single tu dah bergabung dengan seat double tu. Punya kuatnya hentakan tu. Seat 1 dengan 2 dah bergabung.! Kitorang pon memanjat manjat keluaq. Ada pakcik pakcik tu tolong pegang. Sebab tangga dah tak macam tangga. Tinggi melompat.! huh! Yang kakak pengsan tu, tersadai sorang sorang. Sian dia. T_T

Dah turun, diorang suroh turun duduk belakang divider. Dah la sebelah sana ladang kelapa sawit. Kami mencangkung. Blur sekejap. Pastu kami nangis.! Masa tu baru rasa ketaq, rasa bersyukur sangat sebab selamat. Kami bersyukur sebab tukaq seat dengan uncle tu. Mungkin Allah nak lindung kami. Alhamdulillah. =') Uncle tu dah bedarah darah kepala. Kalau kami kat situ. Sure kami yang kena. !_!

Kami tengok jam kul230. Memandangkan kami selamat, tak bercadang lah kami nak call mak kami. Sebab nanti mak kami risau, dia pon tak boleh tidoq. Kami call Aidul. Menangis nangis. Bla bla bla. Dia ckp nak amek kami. Kami taknak sebab taknak balik KL. Pastu kami call kakak kami. Lagi satu hal. 

Kakak :  ini boleh bagitau dak lokasi yang sebenaq kat mana. Kilometer berapa?

'Lokasi'! 'Kilometer'! haha bukan maen ayat. Baru kami teringat kakak kami wartawan. Siap datang bawak dslr. adoila.

Dia pon datang amek kami dari Ipoh. Nak datang ke kawasan kejadian tu dekat. Tapi nak U-turn tu bukan maen lambat. 8kilo jem. Lama jugak la kami tunggu.

Bas ganti memang lambat la. Setiap bas penang lalu diorang akan tumpangkan orang. tertakluk pada berapa seat yang kosong. Sikit sikit abes orang. huuuuu!
Masa sembang sembang tu ada la budak laki tu cakap

Mamat : Bole pulak dia (gurl) tanya "muka saya ada apa apa tak?"
Gurl : Yela. Rase macam habuk habuk.
Kami : Takpe la. Kalo ada tu Susuk la.
Gurl : ishh! Camtu lak.

haha! bole pulak kami begurau. Grrrrrr~ menaik kan amarah orang laen.
yang Aidul lak. Dok investigate. Langgaq apa, camna bole langgaq, sapa sakit la..macam macam. Kena marah dengan kami last last. Pastu kami cakap la, tangan kami ada luka luka. Duet hantaran kena potong tak? ngeh3. Kami lak kena marah. Dia cakap kami dok begurau plak time time camni. huuuuu~

Dah lama tu kakak kami pon datang. Dia ckp ada kereta langgaq kereta diorang. jem kan. Ada la calaq sikit sikit. Macam macam. 

Ni ha gambaq gambaq tak berapa nak clear yang kami snap.  








Masa ni bomba dah datang tarik bas tu. Perhatian ye. Kami snap pic ni masa semua pesakit dah di bawak ambulans. Dah jadik trend kan. Semua orang amek gambaq. adoila. 

Camtu lah ceritanya. Yang kami kaji. Bas ni langgaq trailer. Pastu langgaq dua bijik kereta. Kami syak driver tu mengantok. Tu yang men langgaq ja tu. Ada makcik tu cakap. Kalo belah tangga yang kena memang driver tu yang tak berhati hati. Sian diorang yang ade baby. Nenek pon ade. Sian semua. Driver tu pon luka kat kepala. Ada yang kaca masok mata. Ada yang dahi bedarah. Macam macam.

Yang kakak pengsan tu diorang cakap patah kaki. Kami tak tengok pon cara diorang keluaqkan kakak tu. Seriauu!! 


p/s : Sebenaqnya kakak tu duduk seat double, tapi kena tukaq single. Sebab nak bagi laki dok dengan laki. Memang nasib kakak tu la agaknya. =_=


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 23 March 2013

Majlis Perkahwinan : Zura & Mirul.

Assalamualaikum.

Hello kawan kawan selamat berhujung minggu. heeee~ harini kami akan hanya memerap dalam rumah saja. Sebab esok gaji. Jadi harini kena jimat. hahahaha! motif sangat.

Semalam dah jalan jaoh. huhu 730 pagi kami dah keluaq tauuu~ heeeee! kami kena p padang jawa sebab kebarangkalian nanafuad akan sesat kalo amek kami kat Bukit Jalil tinggi ok. Sebab dia pon xpenah datang umah kami. Jadi kami pon naek lah alat alat elektrik tu. dengan mengangkut hadiah yang besaq tu. haha!

Naek Star LRT sampai BTS, pastu nek komuter sampai KL Sentral, pastu tukaq platform ke Port Klang. Phewwww! penat kami hafal tau. Lemah! Takot! hahah semua ada. kul 9.30 baru kami sampai. Grrrr..Lama gila. 

Bermula la perjalanan kitorang ke Pahang. =) yang mengambil masa banyak jugak jam. Sebab cuti sekolah kan. Semua org nak balik kampung. huuu~

Dah la, korang mesti nak tengok gambaq kan. Sebab kami percaya, chewahhh! haha Kami dengan Nana ja kawan UiTM yang sampai. hahahahha! Fae sedang bersedeh. =P Zura pon mungkin tak upload lagi sebab esok majlis kat umah Mirul lak. hehe!



 Menyerlah! sampai menengelamkan orang sekeliling. hikhik. Raja Sehari kan. =)





 
bila la turn kitorang. Muka mengharap dua dua neh. haha!

Kami all alone. huuu~
Aidul ada kenduri plak kat Johor. Kalo tak kami dah paksa kot. haha!  
haha tah pape jenguk ape tah. hohoho 




 malu kami masa ni. serius. haha! boleh pulak duduk atas mirul, tau la suami die kan. grrrrrrr



 kami : korang plak a amek gambaq.
nana : jom!
fuad : ish. segan la.

lepas tengok pic tu. 

fuad : alaa..cam gadoh plak. lagi skali. lagi skali.



yelah. kami doakan korang cepat cepat la ke jinjang pelamin. heeee~ sampai bila nak tunang kann.. padahal baru sebulan. hehe =P

Untuk zura dan mirul. Semoga perhubungan kekal sampai syurga. Saling bertolak ansur dan berbincang dalam apa jua keadaan. Zura dengaq cakap suami. hehe ingat syurga isteri di bawah telapak kaki suami. =')


kami bila pulak?

okbye!



p/s : nampak pucat la kami. betol! kami tak sesuai pakai tudung warna putih.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^